Wednesday, June 1, 2011

Pasar Termahal Di Negeri Sembilan

Pasar Ampangan di Seremban adalah pasar yang paling mahal jualannya di Negeri Sembilan. Dulu orang kata Pasar Rembau yang termahal, tetapi nampaknya PasarAmpangan berjaya merampas kejuaraan itu sejak akhir-akhir ini. Perbandingkan sahaja harga barangan di pasar ini dengan Pasar Besar Seremban, kita akan mendapati harga ikan, udang, sotong dan sayur-sayuran 50 peratus lebih tinggi daripada Pasar Besar. Bukan itu saja, perbandingkan dengan harga barangan ini dengan harga jualan di kedai-kedai runcit Cina di kawasan Ampangan kita akan dapati harga di kedai Cina ini jauh lebih murah daripada Pasar Ampangan. Tak percaya cuba bandingkan.


Mengapa jadi begitu?


Pasar Ampangan dikuasai oleh peniaga-peniaga Melayu yang mencari untung maksima dengan pendirian Melayu akan tolong Melayu. Mereka menyangka dengan memonopoli pasar berkenaan mereka boleh menetapkan harga sesuka hati tanpa mengikut sentimen pasaran.

Cina tak boleh tipu Melayu tapi kalau Melayu tipu Melayu tak apa -- itu tolong bangsa namanya!

1 comment:

Anonymous said...

uish....sapa kata cina tak boleh tipu melayu. Mana2 orang melayu yg faham bahasa cina memang tau langit tu biru ke ungu..Ada jer cina yg ok dan baik.. Tapi memang ada juga cina tipu orang melayu. Hamba ni tidak lah berniat rasis, tp sorang manusia itu yg bercakap bahasa melayu, dikatakan Islam, dan mejalani budaya Melayu telah melakukan kesilapan or kejahatan, tak kan habis semua manusia lain yg Islam, ckp malay, dan amalkan budaya Melayu turut sama teruk seperti manusia yg dikatakan di atas. Nampaknya, orang kita kena bljr statistik dulu sebelum buat kesimpulan. Apapun, tak kira agama or bangsa, klu perangai x elok sapa suka kan?